RTM UTM Mula Bertugas ( Skuad Siswa RTM UTM )

3 NOVEMBER 2011 BERSAMAAN 7 ZULHIJJAH 1432H
MASA: 11.20 p.m HINGGA 2.15 a.m
TEMPAT: SEKITAR KAMPUS


11.20 p.m : Semua ahli skuad RTM UTM seramai 12 orang berkumpul di arked Kolej 9 untuk mendengar taklimat ringkas yang disampaikan oleh Ketua Operasi pergerakan, saudara Muhamad Fadzrin.

Selesai daripada taklimat ringkas mengenai pergerakan tersebut, pergerakan dimulakan dengan bacaan doa selamat yang dibacakan oleh saudara Farhan. Pergerakan pertama adalah ke Unit Keselamatan UTM untuk meminta kebenaran dan makluman untuk pergerakan kami.

 
Gambar 1: Ahli Skuad RTM UTM mendengar taklimat daripada ketua operasi.

Ketua operasi, saudara Fadzrin bersama dengan Pengarah RTM UTM, saudara Ikmal dan Presiden PMIUTM, saudara Zaki bertemu dengan pegawai Keselamatan UTM yang bertugas pada malam tersebut, En. Norazam bagi mengadakan perbincangan ringkas mengenai pergerakan Skuad RTM UTM dan bagaimana cara-cara dan tindak-tanduk yang akan skuad gunakan. Sebagai keputusan perbincangan, Skuad RTM UTM bersetuju untuk bergerak bersama-sama dengan pihak Unit Keselamatan UTM, memandangkan tepat jam 12 malam mereka juga mengadakan operasi “Spot Check” disekitar kampus dan kawasan-kawasan yang telah ditetapkan.


 
Gambar 2: Ahli Skuad RTM UTM menunggu perbincangan dengan Unit Keselamatan UTM

Ahli Skuad RTM UTM dipecahkan kepada 2 Grup, dan grup berkenaan akan dipantau dan dibantu oleh pegawai-pegawai Unit Keselamatan UTM. Grup pertama diketuai oleh Pengarah RTM UTM, saudara Ikmal dan grup kedua diketuai oleh Ketua Operasi, saudara Fadzrin.

11.50 p.m – 2.15 a.m : Grup pertama bergerak ke kawasan Tasik Ilmu UTM, setelah mendapat arahan dari pegawai Unit Keselamatan UTM mengenai beberapa pasangan yang berdua-duaan di kawasan pondok yang gelap. Setelah dibuat pantauan, akhirnya pasangan berkenaan beredar.




Gambar 3: En. Norazam (Vest Hijau) memberi sedikit taklimat sebelum pergerakan bermula.

Grup kedua memulakan pergerakan dan dibawa oleh beberapa orang pegawai Unit Keselamatan UTM ke kawasan Blok S, iaitu kawasan Kolej Tuanku Canselor (KTC). Didapati tiada apa-apa yang mencurigakan berlaku, Cuma pegawai Unit Keselamatan UTM menunjukkan kawasan-kawasan yang panas atau “Hotspot” kepada semua ahli Skuad RTM UTM grup kedua.

Di kawasan kolej juga, khususnya di kediaman siswi, masih ada lagi siswa yang berlegar-legar di hadapan blok, dengan alasan untuk berjumpa menghantar assignment dan sebagainya. Terdapat juga beberapa mahasiswa/I yang sedang duduk mengulangkaji pelajaran di arked Kolej 9 dan juga kawasan pejabat kolej.

Seterusnya, grup pertama mengikuti pegawai Unit Keselamatan ke Balai Cerap UTM. Mengikut sumber dari Unit Keselamatan, kawasan Balai Cerap UTM tidak akan beroperasi selepas jam 11.30 malam, akan tetapi ada juga beberapa kelompok yang mengadakan program atau perjumpaan selepas waktu yang ditetapkan.

Selepas daripada pergerakan ke balai cerap, grup pertama Skuad RTM UTM dibawa memantau seluruh kampus sehinggalah ke kawasan Kolej Perdana (KP). Di sana, grup pertama dibawa ke kawasan kediaman siswi, dimana kami mendapat makluman dan aduan pasangan berdua-duaan dibawah blok dan kehadiran siswa kedalam blok siswi dalam keadaan mencurigakan. Pihak Unit Keselamatan UTM mengarahkan mereka untuk beredar serta merta selepas diberi sedikit peringatan dan amaran untuk tidak melakukan perkara sedemikian pada masa akan datang. Dari Kolej Perdana, pergerakan dan pantauan diteruskan ke kawasan arked Kolej 9 dan seterusnya memasuki kediaman Kolej 10.

Untuk pergerakan grup kedua Skuad RTM UTM selepas membuat pantauan ke kawasan-kawasan panas di kawasan Blok S ataupun dinamakan kediaman Kolej Tuanku Canselor, pergerakan diteruskan ke kawasan fakulti-fakulti di dalam Lingkaran Ilmu. Pantauan dan pergerakan berjalan dengan lancarnya.

Didalam perjalanan, ahli Skuad RTM UTM bertemu dengan pasangan siswa antarabangsa dan siswi tempatan yang sedang berdua-duaan sambil bersenam di kawasan “Outdoor Gym” yang ketika itu sedang ditegur oleh seorang pegawai Unit Keselamatan UTM. Setelah diberi amaran dan sebagainya, mereka tetap tidak mahu beredar, dengan alasan “Outdoor Gym” merupakan kawasan awam, dan mereka boleh melakukan apa sahaja. Pegawai Unit Keselamatan UTM terus beredar bersama-sama dengan ahli Skuad RTM UTM dan menyatakan bahawa kebanyakkan “Foreigner” akan datang ke kawasan “Outdoor Gym” untuk melakukan senaman, dan ada juga yang datang bersama-sama dengan anak-anak. Cukup sekadar teguran dan amaran sahaja kepada mereka.

Tepat jam 2.15 a.m, pergerakan kami berhenti dan ditangguhkan. Semua ahli Skuad RTM UTM dan pegawai Unit Keselamatan UTM bersurai

ULASAN RINGKAS:

Setelah melakukan pergerakan pertama, dilihatkan bahawa keadaan kampus dan sekitarnya masih lagi terkawal, memandangkan waktu operasi RTM UTM dijalankan adalah pada waktu menghampiri cuti hari raya Aidil Adha selama hampir seminggu. Terima kasih kepada pihak Unit Keselamatan UTM yang sudi membantu kami dalam menjayakan pergerakan RTM UTM bagi Skuad Siswa buat julung-julung kalinya selepas pertama kali juga Skuad Siswi bergerak pada tarikh 31 Oktober 2011. Juga ucapan terima kasih kepada semua ahli Skuad RTM UTM yang bersama-sama menjayakan operasi pergerakan kita. Moga-moga dengan impak pertama pergerakan ini, mampu menimbulkan kesedaran bersama kepada seluruh masyarakat kampus secara umumnya betapa pentingnya peranan sukarelawan RTM UTM membantu unit keselamatan dalam menjaga kebajikan mahasiswa/I UTM dari pelbagai sudut.




DISEDIAKAN OLEH:
MOHD IKMAL HISYAM BIN MOHD JINAH
PENGARAH RTM UTM

5 ulasan:

semoga tugas kalian di berkati Allah =)

This comment has been removed by the author.
azie5ouh!8 said...

keep up the good work!

haniff sani said...

keep it up.. kaedah yg bagus utk cegah maksiat

Amar Gencos said...

Isu sotong/bapuk/pondan dari kalangan student UTM cemana? Itu betul memalukan UTM.